back back back

© 2014 OFFICINE PANERAI

P.I. 12155270155

FIND YOUR PANERAI

FIND YOUR PANERAI

MOVEMENT
CASE
FUNCTION
CASE DIAMETER
CASE MATERIAL
DIAL COLOUR

Dasar Privasi Malaysia

Mengenai Panerai dan Dasar Privasi ini

Officine Panerai Marketing e Comunicazione SRL merupakan cawangan Richemont International SA dan mempunyai pejabat berdaftar di Viale Monza, 259 – 20126 Milan, ITALY. Dasar Privasi ini dirumuskan mengikut peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Personal Data Protection Act 2010 - 'PDPA'). Di dalam Dasar Privasi ini, kami menggunakan istilah Officine Panerai (dan "kami") untuk merujuk kepada ibu pejabat [jenama] di alamat yang berdaftar di atas, syarikat-syarikat dalam Officine Panerai dan butik-butik kami. http://www.panerai.com/en/network/boutiques. Penggunaan istilah 'Data Peribadi', 'Pemprosesan', 'Transaksi komersial' hendaklah mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di dalam PDPA.

Sila luangkan sedikit masa untuk membaca dasar berikut yang menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memindahkan data peribadi yang anda berikan kepada kami di tapak web kami atau aplikasi mudah alih (semuanya dikenali sebagai "Platform"), apabila anda melawat butik Officine Panerai atau menghubungi Pekerja Rencam Officine Panerai melalui telefon. Ia juga menjelaskan cara kami mengumpul maklumat melalui penggunaan kuki dan teknologi berkaitan apabila anda menggunakan Platform kami dan juga hak-hak anda dan kewajipan kami berhubung dengan data peribadi anda mengikut undang-undang tempatan yang terpakai.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Officine Panerai dan Terma Penggunaan kerana menggunakan Platform kami di sini. http://www.panerai.com/en/terms-of-use

Dasar Privasi ini terakhir dikemas kini pada Mac 2014. Kami mungkin membuat perubahan dari semasa ke semasa jadi sila semak semula secara berkala untuk memastikan anda maklum dengan sebarang perubahan.

Maklumat yang anda berikan kepada kami dan cara kami menggunakannya

Untuk mengakses kawasan-kawasan tertentu Platform kami, anda perlu mendaftar dengan kami.  Semasa proses pendaftaran anda akan diminta mengemukakan data peribadi mengenai diri anda (termasuk nama anda, alamat penghantaran dan bil, tarikh lahir, alamat e-mel, nombor telefon dan butiran pembayaran dan apa-apa maklumat peribadi lain yang diberikan oleh anda). Dengan memasukkan butir-butir anda di dalam medan yang diminta, anda membolehkan Officine Panerai memberikan perkhidmatan yang anda pilih.

Selain itu, kami juga boleh mengumpul maklumat peribadi daripada anda apabila anda berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda menghantar e-mel atau surat), apabila anda memberikan butiran diri apabila melawat butik Officine Panerai atau menghubungi Pekerja Rencam Officine Panerai melalui telefon. Sila ambil perhatian bahawa panggilan kepada pekerja rencam Officine Panerai mungkin direkodkan untuk tujuan keselamatan serta latihan dan pembangunan. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan kami data peribadi yang diminta Officine Panerai mungkin tidak akan dapat memproses data peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan di bawah dan seterusnya kami mungkin tidak akan dapat melibatkan diri dalam apa-apa urus niaga komersial dengan anda, mengikat kontrak dengan anda, atau memberikan anda perkhidmatan yang anda pilih atau minta.

Kami juga mengumpulkan maklumat tertentu secara automatik berkenaan pelawat Platform kami, diterangkan dalam bahagian yang bertajuk "Kuki dan lain-lain maklumat yang kami kumpul secara automatik" di bawah.

Kami akan menggunakan maklumat yang kami kumpul daripada anda untuk:

  1. mengurus dan memenuhi pesanan pembelian dan pembaikan dan juga untuk menyediakan penjagaan pasca perkhidmatan;
  2. menangani pertanyaan dan permintaan anda;
  3. menghantar komunikasi yang berkaitan perkhidmatan, termasuk pengumuman dan mesej pentadbiran seperti pengesahan pesanan;
  4. mengumumkan produk dan acara yang berkaitan dengan kami selaras dengan keutamaan komunikasi anda (sila lihat bahagian "Menyunting atau menghapuskan data peribadi anda" di bawah untuk maklumat lanjut mengenai cara mengawal kemas kini ini);
  5. menjalankan penyelidikan pasaran agar kami terus dapat meningkatkan perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan kami;
  6. mencegah penipuan dan aktiviti lain yang dilarang atau menyalahi undang-undang;
  7. memahami cara Platform kami digunakan agar kami terus dapat menambah baik Platform dan tawaran kami; dan
  8. menguatkuasakan hak undang-undang kami.

Kuki dan lain-lain maklumat yang kami kumpul secara automatik

Seperti kebanyakan Platform lain, Officine Panerai akan menyimpan log alamat IP dan menggunakan kuki dan teknologi serupa yang membolehkan kami mengenali diri anda dan menyesuaikan pengalaman anda, dan menyediakan maklumat tentang cara pelawat Platform mengakses Platform kami.  Anda boleh mengetahui lebih lanjut cara kami menggunakan kuki dan teknologi berkaitan di bawah.

Apakah kuki?

Kuki ialah fail teks yang mengandungi sejumlah kecil maklumat yang dimuat turun ke komputer anda atau peranti mudah alih apabila anda melawat tapak web atau aplikasi mudah alih dan digunakan untuk mengenali komputer anda apabila ia mengunjungi semula tapak web atau aplikasi mudah alih yang pernah dilawat sebelumnya.  Kuki digunakan secara meluas untuk membolehkan platform, atau untuk bekerja dengan lebih cekap, dan untuk memberi maklumat kepada pemilik platform.

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman dalam talian pelawat kami (contohnya, untuk mengingati pilihan bahasa anda) dan untuk lebih memahami cara Platform kami digunakan. Kuki boleh memberitahu kami, contohnya, sama ada anda pernah melawat Platform kami sebelum ini atau anda pengunjung baru.  Ia juga boleh membantu memastikan iklan yang anda lihat dalam talian lebih berkaitan dengan diri dan minat anda.

Terdapat dua kategori luas untuk kuki:

  1. Kuki pihak pertama, dihantar terus oleh Officine Panerai ke komputer atau peranti mudah alih anda.  Ia hanya digunakan oleh Officine Panerai untuk mengenali komputer atau peranti mudah alih anda apabila ia melawat semula Platform kami.
  2. Kuki pihak ketiga, yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan di Platform kami, dan boleh digunakan oleh pembekal perkhidmatan untuk mengenali komputer atau peranti mudah alih anda apabila ia melawat platform lain.  Kuki pihak ketiga paling lazim digunakan untuk tujuan analisis Platform atau pengiklanan.

Kuki boleh terus tersimpan di komputer atau peranti mudah alih anda untuk tempoh masa yang berbeza. Sesetengah kuki adalah 'kuki sesi', bermakna ia hanya wujud ketika pelayar anda terbuka. Ia akan dihapuskan secara automatik apabila anda menutup pelayar anda. Kuki lain adalah 'kuki kekal', bermakna ia akan masih ada walaupun setelah pelayar anda ditutup. Ia boleh digunakan oleh kami untuk mengenali komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda membuka pelayar dan melayari Internet semula.



Kuki jenis mana yang Officine Panerai gunakan?



Platform kami menghantar hanya kuki jenis-jenis berikut kepada komputer atau peranti mudah alih anda:

 

Jenis Kuki

Tujuan

Kuki yang perlu untuk tujuan asas

Kuki ini penting untuk memberikan anda perkhidmatan yang disediakan melalui Platform ini dan menggunakan ciri-cirinya yang tertentu, seperti akses ke kawasan terhad.  Tanpa kuki ini, perkhidmatan yang anda minta, seperti halaman transaksi dan akaun login selamat, tidak akan dapat disediakan.

Kuki Fungsi

Kuki ini membolehkan pelbagai tujuan yang berkaitan dengan persembahan, prestasi dan fungsi Platform ini.  Bagaimanapun, tujuan keseluruhannya ialah untuk meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelawat Platform ini. 

Contohnya, sesetengah kuki ini membolehkan pelawat menentukan bahasa atau pilihan lain Platform.

Kuki Analitik

Kuki ini digunakan untuk mengumpul maklumat cara pelawat menggunakan Platform kami. 

Maklumat yang dikumpulkan tidak mengenal pasti mana-mana pelawat secara individu dan ia diagregatkan.  Ia mengandungi jumlah pengunjung ke Platform kami, identiti platform yang menghantar mereka ke Platform kami dan halaman yang mereka lawat di Platform kami. 

Kami menggunakan maklumat ini untuk membantu menjalankan Platform kami dengan lebih cekap, untuk mengumpul maklumat demografi yang luas dan untuk memantau tahap aktiviti di Platform kami. 

Kuki Iklan

Apabila anda melawat Platform kami atau mengklik kawasan iklan atau promosi di Platform, kuki ini digunakan untuk menyampaikan iklan yang lebih berkenaan dengan diri dan minat anda.  Ia juga digunakan untuk mengehadkan bilangan anda melihat sesuatu iklan serta untuk membantu menilai keberkesanan pengiklanan dan promosi.

Ia biasanya diletakkan oleh rangkaian iklan dengan izin kami.  Ia akan ingat bahawa anda telah melawat sesuatu platform dan maklumat ini dikongsi dengan organisasi-organisasi lain seperti pengiklan. 

Kuki perkongsian kandungan dan rangkaian sosial

Kuki ini membolehkan pengguna berkongsi halaman dan kandungan melalui rangkaian sosial pihak ketiga dan platform lain.  Syarikat-syarikat yang menghantar kuki ini juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk iklan bersasaran pada platform lain.

 

Cara mengawal atau menghapuskan kuki

Anda berhak memilih sama ada mahu menerima kuki dan kami telah menerangkan cara anda boleh menggunakan hak ini di bawah.  Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk menolak kuki anda mungkin tidak akan dapat menggunakan fungsi penuh Platform kami.

Anda boleh menetapkan keutamaan kuki anda dengan menukar tetapan pelayar anda supaya kuki daripada Platform ini tidak boleh diletakkan pada komputer atau peranti mudah alih anda.  Untuk melakukan ini, ikut arahan yang diberikan oleh pelayar anda (biasanya terletak di dalam kemudahan "Help", "Tools" atau "Edit").  

Alamat IP

Kami mungkin akan mengumpul maklumat mengenai komputer atau peranti mudah alih anda, termasuk alamat IP anda, sistem operasi, masa log masuk dan jenis pelayar, jika ada.  Kami menggunakan maklumat ini untuk lebih memahami cara pengunjung menggunakan Platform kami dan untuk kegunaan laporan dalaman.  Kami mungkin akan mengawanamakan dan berkongsi maklumat ini dengan pengiklan, penaja atau perniagaan lain.

Berkongsi maklumat anda

Kami tidak akan menyewakan, menjual atau berkongsi data peribadi anda dengan orang lain atau syarikat bukan sekutu yang bukan ahli kumpulan Richemont kecuali dalam keadaan berikut:

  1. kepada pembekal pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami seperti pembayaran dalam talian dan lain-lain, memproses transaksi kad kredit dan mengendali pemeriksaan kredit dan pencegahan penipuan;
  2. kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, pengawal selia, pihak berkuasa kerajaan atau pihak ketiga lain yang kami percaya adalah perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi hak-hak kami atau hak mana-mana pihak ketiga; dan
  3. kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang membeli, atau yang kami pindahkan kepada mereka, semua atau sebahagian besar daripada aset dan perniagaan kami. Sekiranya penjualan atau pemindahan sebegini berlaku, kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk cuba memastikan entiti yang menerima data peribadi anda yang kami pindahkan menggunakannya dengan cara yang konsisten dengan Dasar Privasi ini.

Pindahan Antarabangsa

Data peribadi atau maklumat lain yang kami kumpul boleh dipindahkan, disimpan dan diproses di mana-mana negara atau wilayah yang syarikat-syarikat kumpulan gabungan kami atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga berada atau membekalkan kemudahan.  Walaupun wilayah lain mungkin tidak mempunyai piawaian perlindungan data yang sama dengan piawaian di negara tempat tinggal anda, kami akan terus melindungi data peribadi yang kami pindahkan selaras dengan Dasar Privasi ini.

Melindungi maklumat anda

Kami mahu anda rasa yakin menggunakan Platform kami, dan kami komited untuk melindungi data peribadi yang kami kumpul.  Kami mengehadkan akses data peribadi anda kepada hanya pekerja yang memerlukan akses secara munasabah, untuk menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda atau untuk melaksanakan kerja mereka.  Kami mempunyai prosedur teknikal dan organisasi yang sesuai secara fizikal dan elektronik untuk melindungi data peribadi yang anda berikan kepada kami daripada pemprosesan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan daripada kehilangan data akibat kemalangan, salah guna, pengubahsuaian, pengubahan, kerosakan atau kemusnahan.

Bagaimana cara mengedit, menghapuskan atau mengakses data peribadi anda

Anda berhak untuk meminta salinan data peribadi yang kami simpan berkenaan anda di dalam rekod kami, untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan, untuk mengemas kini sebarang maklumat usang, untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau maklumat sesiapa jua yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi anda atau menarik balik sepenuhnya atau sebahagian izin yang anda mungkin pernah berikan kepada kami berkenaan data peribadi anda untuk diproses oleh kami. Anda juga boleh meminta kami agar tidak menghantar komunikasi pemasaran secara terus (walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa kami boleh terus menghantar komunikasi berkaitan perkhidmatan (bukan pemasaran), seperti kemas kini status pesanan anda melalui e-mel). Jika anda ingin menegakkan mana-mana hak ini, atau ingin membantah penggunaan data peribadi anda, sila hantar surat kepada kami di alamat yang disenaraikan di bawah.

Kemas kini kepada Dasar Privasi ini

Kami boleh mengemas kini Dasar Privasi ini dari masa ke masa. Apabila ini berlaku kami akan menyiarkan perubahan di Platform ini. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan ini, sila berhenti menggunakan Platform. Jika perubahan ketara dibuat kepada Dasar Privasi ini, kami akan memberitahu anda melalui e-mel atau dengan meletakkan notis yang jelas di Platform.

Kewajipan Anda

Semua data peribadi yang didedahkan oleh anda kepada kami akan dianggap dinyatakan secara sukarela dan anda bertanggungjawab untuk memastikan data peribadi yang diberikan kepada kami adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda memberikan kami maklumat palsu, tidak lengkap atau mengelirukan.

Hubungi kami

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau komen mengenai Dasar Privasi ini, atau perkara-perkara privasi amnya, sila hubungi kami di alamat yang tersedia di bawah. Anda juga boleh menggunakan alamat ini jika anda ingin meminta salinan data peribadi, untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan atau untuk mengemas kini data peribadi lama yang kami simpan tentang anda.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


OFFICINE PANERAI MARKETING E COMUNICAZIONE

Data Protection Officer

Casella Postale 17030

Viale Monza, 259 - 20126 Milan

ITALY